Tuesday, 14 February 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Buat Duit Dengan Mailing List: “Size Doesn’t Matter” – Temubual Eksklusif bersama Cikgu Zarihan

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Buat Duit Dengan Mailing List: "Size Doesn't Matter" – Temubual Eksklusif bersama Cikgu Zarihan
Feb 15th 2012, 04:38

Temubual bersama cikgu Zarihan
Penulis ebook “Rahsia Email List Sendiri

Temubual ini dilakukan oleh saya (smartzul), bersama beliau melalui satu sesi soal jawab ringkas melalui emel. Saya berminat untuk menemubual beliau kerana pencapaiannya yang mendadak dalam bidang pemasaran Internet, terutama melalui teknik mailing list.

Selain daripada itu, saya lihat beliau mempunyai passion dan aura tersendiri, sehingga menarik hati saya untuk mengenali beliau lebih lanjut dan belajar daripadanya.

Harapan saya melalui temubual ringkas ini, pembaca akan mempunyai semangat dan passion tersendiri dalam melakukan usaha perniagaan melalui Internet. Tidak ada apa-apa yang tidak boleh dicapai selagi ada usaha dan kemahuan untuk belajar. Semestinya dengan izin Allah jua.

Semoga bermanfaat.

Soalan 1: Tuan adalah seorang guru sepenuh masa, tetapi mampu menjana pendapatan melalui Internet. Ia adalah bukti sesiapa sahaja mampu melakukannya, walau apa pun kerjaya yang sedang dilakukan. Tanpa perlu berhenti kerja, tetapi cukup 2 hingga 4 jam sehari pada waktu sebelah malam atau pada hari cuti.

Apakah pesanan tuan kepada para pembaca temubual ini, terutama mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui Internet?

Jawapan: Guru adalah pekerjaan dunia dan akhirat saya. Untuk berjaya menjana pendapatan melalui internet anda perlu membaca dan terus membaca. Jika anda tidak membaca, ilmu tidak akan sampai kepada anda. Di dalam ebook saya, saya lebih menekankan kepada penciptaan produk sendiri. Affiliate itu sebagai sampingan sahaja. Saya berharap lebih ramai anak-anak muda terlibat dalam bidang penulisan secara online terutama buat ebook. Tidak semestinya anda membuat ebook dalam niche IM sahaja bidang lain masih banyak lagi yang belum dilakukan. Contohnya bidang keagamaan, kesihatan dan kerjaya dan sebagainya.

Soalan 2: Salah satu kaedah promosi yang tuan gunakan adalah 'mailing list'. Apakah itu mailing list dan mengapa tuan menggunakan kaedah ini?

Jawapan: Apa yang menyebabkan saya menggunakan mailing list ialah kerana pepatah ini "Money is in the list". Pepatah ini sering disebut oleh tidak kira usahawan internet tempatan mahupun luar Negara seperti Ewen Chia, Patric Chan, Michael Rasmussen dan Chris Farrel. Mereka seringkali mengulangi pepatah tersebut. Semestinya Semua usahawan internet memilikinya kerana Ia adalah senjata utama berbanding cara lain.

Soalan 3: Adakah kita perlu membina saiz (jumlah) emel yang besar untuk mula menjana pendapatan melaluinya? Apakah perkara yang paling penting sebenarnya selain saiz maling list?

Jawapan: Soalan ini agak mencabar sebenarnya. Saya menjana pendapatan bukan bertujuan untuk memenangi hadiah top affiliate untuk produk yang saya promosikan. Saya cuma ingin mencipta apa yang orang panggil sebagai income streams. Kos kehidupan sekarang amat tinggi di mana-mana sahaja. Sebagai one man income didalam keluarga, saya perlu mencari alternative untuk menambah pendapatan.

Saya mencipta ebook Rahsia Email List Sendiri adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai supaya mereka membina list mereka sekurang-kurangnya 1000 orang sebagai langkah pertama untuk mereka membina perniagaan mereka sendiri. List itu akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa dengan strategi yang dijalankan.

Mereka perlu tahu bagaimana nak membina corong duit atau dalam bahasa inggeris dipanggil sebagai sales funnel mereka sendiri. Apa yang paling penting ialah niche atau bidang yang ingin kita terokai. Ada produk yang hanya terjual secara bermusim dan ada produk yang terjual sepanjang masa.

Soalan 4: Dalam panduan "Rahsia Email List Sendiri" yang tuan terbitkan, adakah pembaca akan mempelajari kaedah menulis emel yang akan menyebabkan pembaca emel itu 'meronta-ronta' untuk membeli produk yang dipromosikan? Mungkin tuan juga boleh ceritakan pengalaman sendiri setelah menggunakan formula itu sebelum ini.

Jawapan: Ya. Peringkat permulaan saya ingat perkara ini biasa. Tetapi apabila saya kaji balik dari bulan 10/2011 hingga bulan 2/2012 saya menyertai 8 produk affiliate, 6 produk affiliate terjual dengan baik sekali. Puratanya saya mendapat RM500 sebulan. Saya hanya mempromosikan 2 produk sahaja sebulan. Siapa yang nak bagi duit sebanyak itu setiap bulan dengan hanya meluangkan masa 2-4 jam sehari. Jumlah keseluruhan hampir RM2000.

Saya hanya memiliki 1460 orang (ini jumlah sekarang). Dua produk tidak terjual. Satu produk software milik Bearned Bondly dan satu lagi produk grafik milik Saudara Fahmy. Dari sini saya tahu list saya cuma berminat dengan produk buat duit dengan ebook sahaja.

Saya mengkaji setiap email yang saya hantar melalui email broadcast di Aweber. Setiap kali saya menulis email saya cuba menyampaikan maklumat secara santai. Format email yang ditulis mesti lah 3-4 patah perkataan sahaja sebaris. Email mesti kemas, tersusun dan rapi. Ini membolehkan pembaca melihat keseluruhan ayat-ayat email tanpa menggerakkan anak mata mereka. Pembaca lebih fokus dengan email-email seperti ini.

Saya sering akhiri email saya dengan slogan. Tidak ramai orang yang buat begini. Biasanya saya akan menulis slogan seperti "Bersama Mencapai Kejayaan". Semua produk yang terjual itu tanpa ada bonus. Sebab saya tidak mempunyai apa-apa bonus yang hebat. Saya juga banyak memberi contohnya laporan percuma, tips dan video tutorial..

Soalan 5: Apakah yang mendorong tuan mengeluarkan panduan "Rahsia Email List Sendiri"?

Jawapan: Saya ingin memberi yang terbaik kepada pembeli produk saya. Saya tidak janjikan bintang, bulan, matahari dan cakrawala kepada mereka. Tetapi saya boleh janji jika mereka sanggup belajar dan mengambil tindakan seperti yang yang terdapat di dalam ebook tersebut mereka boleh buat RM500-RM1000 setiap bulan.

Semasa saya melancarkan Pertandingan PPL untuk ebook Rahsia Sistem Info Produk rupa-rupanya masih ramai tidak tahu membuat ebook, tidak tahu tentang squeeze page, tidak tahu tentang hosting dan domains dan begitu juga dengan autoresponder. Ramai yang hantar message minta tunjuk ajar. Begitu juga di facebook. Bagi saya pasaran masih lagi luas sebenarnya.

Saya juga lebih menekankan kepada mencipta produk sendiri daripada menyertai affiliate. Affiliate hanya sekadar adalah sebagai kajian terhadap list anda sama ada mereka list yang fresh dan responsive. Ternyata saya memiliki list tersebut.

Soalan 6: Mungkin tuan boleh kongsikan beberapa pengalaman berharga selama tuan berkecimpung dalam bidang perniagaan Internet?

Jawapan: Sebenarnya, saya lebih suka berkongsi dengan sesiapa sahaja. Contohnya saya menyertai group facebook Raja Kamil, Group Kopi O IM, Group pakar ebook milik Jamaluddin Bahari dan beberapa group lain. Kami berkongsi tentang perkara berkaitan keagamaan dan saling ingat mengingati. Mereka sangat-sangat friendly dengan saya.

Contohnya kalau dengan Raja Kamil, setiap hari Jumaat saya dan beliau akan membuat post di group tentang perbincangan agama dan hadis-hadis nabi. Inilah adalah tangungjawab bersama kepada pembaca di group usahawan milik beliau. Di forum Wangcyber pula, saya banyak membuat post tentang kehidupan, agama dan nasihat. Mungkin dengan cara ini Allah swt lebih memudahkan kerja buat saya.

Soalan 7: Soalan terakhir. Apakah 3 sebab utama pembaca temubual ini perlu mendapatkan panduan "Rahsia Email List Sendiri"?

Jawapan: Pertama, seperti yang saya katakan tadi saya tidak janjikan bintang, bulan,matahari dan cakrawala kepada pembeli ebook saya. Saya harap mereka faham maksud saya. Tetapi jika mereka sanggup belajar dan mengambil tindakan mereka juga boleh buat seperti apa yang saya buat.

Kedua, Saya telah membaca banyak ebook. Banyak ebook yang saya beli juga tidak selengkap yang saya tulis. Buku saya ni pun belum lengkap dan tiada buku pun yang boleh dikatakan perfect.

Ketiga, Saya ingin membuka peluang kepada lebih ramai orang di luar sana supaya membeli pakej 2 dan pakej 3. Saya memberi ebook dengan lesen PLR supaya mereka terus membina perniagaan ebook mereka dengan ebook tersebut. Mereka hanya perlu rebrand ebook tersebut mengikut citarasa mereka sendiri. Mereka bebas untuk buat apa sahaja dengan ebook tersebut. Saya cadangkan mereka rebrand sepenuhnya ebook tersebut dan tambah lebih banyak info.

Saya ingin melihat lebih ramai masayarakat kita minat menjadi penulis. Persaingan akan menjadikan seseorang itu akan menjadi lebih unik sebenarnya.

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Tidak diizinkan copy & paste.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment