Jika anda melibatkan diri dalam perniagaan produk informasi sama ada ebook, audio, buku, coaching ataupun video, mahu tidak mahu anda perlu menjual. Ini kerana, hanya itu sahaja cara untuk anda memperolehi pendapatan, lagi-lagi jika anda melakukannya secara full time.
Beberapa kesilapan berikut akan menyebabkan ruang, peluang dan keuntungan terabai pergi begitu sahaja. Di antara kesilapan itu adalah:
1. Terlalu banyak memberi secara percuma tanpa ada barisan produk yang akan dijual.
2. Tidak merancang marketing funnel.
3. Tidak mengutamakan surat jualan yang menjual (killer/magnetic/hypnotic sales letter).
4. Tidak menghubungi kembali pelanggan sedia ada.
5. Mengabaikan subscriber mailing list seperti tidak mengirimkan emel dalam waktu yang lama.
6. Banyak memfokus kepada content (penulisan) semata-mata seperti penulisan di blog.
7. Tidak mempromosikan laman web jualan secara ‘agresif’ dan KONSISTEN.
8. Tidak melakukan tawaran istimewa di laman tempahan, seperti ‘One Time Offer’ (OTO).
9. Tidak mengambil nama dan emel prospek melalui Squeeze Page. Bayangkan, jika 100 orang pelawat masuk ke laman web anda dan mereka pergi begitu sahaja, alangkah ruginya, kerana kita boleh menghubungi mereka kembali melalui sistem autoresponder!
10. Tidak mempakejkan kesemua produk dan dijadikan sebagai pakej istimewa. Untuk pengetahuan anda, ada di kalangan pembeli lebih suka membeli dalam bentuk pakej berbanding membeli satu demi satu produk.
11. Tidak mempelbagaikan format produk. Contohnya, ebook boleh dijadikan versi audio, video dan membership site.
No comments:
Post a Comment