Saya mendapat beberapa maklum balas setelah saya mengiklankan khidmat konsultasi memulakan perniagaan Internet pada baru-baru ini. Boleh dikatakan sebahagian yang menghubungi saya telah mempunyai perniagaan terutamanya offline ataupun juga telah memiliki laman web jualan.
Usahawan-usahawan dan perniagaan sedia ada ini tidak mengalamai sebarang rintangan pada saat memulakan perniagaan melalui Internet. Mereka tahu produk yang ada permintaan dan mereka tahu cara membina website mereka sendiri.
Namun di satu saat, mereka mula menghadapi satu situasi normal perniagaan seperti jumlah jualan yang rendah, bilangan trafik yang sedikit dan terkadang jumlah trafik banyak, tetapi begitu sukar untuk produk dibeli.
.
Jadi tugas saya adalah mengenal pasti apakah perkara yang sedang anda hadapi dan kemudian saya akan mencari puncanya. Selepas itu, saya akan sediakan perancangan dan strategi yang boleh anda laksanakan.
Jika anda termasuk kumpulan tersebut, saya sediakan juga sesi Konsultasi Internet Marketing (Internet Marketing Consulting) di mana saya akan berikan pandangan, formula ataupun strategi untuk perniagaan sedia ada anda. Antara perkara biasa yang melibatkan konsultasi untuk perniagaan sedia ada adalah:
- Meningkatkan bilangan trafik (pelawat) ke website.
- Meningkatkan conversion rate website jualan.
- Bagaimana menggandakan keuntungan jualan.
- Bagaimana menambah jumlah pelanggan.
- Mengurus maklumat pelanggan dengan sistematik.
- Membina sistem dokumentasi (SOP) perniagaan.
- Kaedah pemasaran yang berkos rendah.
- Membina strategi pemasaran auto-pilot.
- Bagaimana membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan.
- Bagaimana membina pengikut dan pelanggan yang setia.
- Kekuatan dalaman dan hala tuju pemilik perniagaan.
- Merancang, membina dan mengembangkan jenama perniagaan.
- Merancang dan membentuk marketing funnel perniagaan.
- Rebranding (penjenamaan semula).
- Membina jaringan kenalan perniagaan (networking) secara online dan offline.
- Mewujudkan visi, misi dan ‘mantra’ perniagaan.
- dan banyak lagi, bergantung kepada keperluan pemilik perniagaan.
Hubungi saya melalui contact form untuk menempah dan maklumat lanjut sesi Konsultasi Internet Marketing ini.
Mengapa saya?
Berikut adalah beberapa pengalaman peribadi saya sendiri:
- Mempunyai jenama yang dikenali ramai dalam bidang Internet Marketing. Anda juga boleh.
- Mempunyai pembaca blog dan pengikut setia di seluruh negara. Dan anda juga boleh begitu.
- Membantu beberapa orang Internet Marketer membina jenama mereka sendiri dan kini dikenali ramai. Ya, anda juga boleh memiliki perkara yang sama.
- Berpengalaman selama lebih 6 tahun dalam bidang perniagaan dan pemasaran Internet.
- Membawa hasil lebih daripada RM30,000 kepada sebuah syarikat IT (Internet) dengan cara yang simple.
- Mempunyai rangkaian blog yang menduduki senarai top ten di enjin carian.
- Membimbing individu membina sumber pendapatan pasif walaupun mereka masih bekerja sepenuh masa.
- Jenama SmartUsaha.com dan SMARTZUL terus kukuh dan bertahan sehingga ke hari ini. Anda juga boleh.
- Memiliki ribuan pengikut di Facebook. – MohdZulfadli-IM - Dan anda juga boleh mengalami perkara yang sama!
- Dijemput memberikan ceramah dan sesi training oleh pihak swasta, IPT dan NGO.


.
No comments:
Post a Comment