Tuesday, 28 February 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Sub Blog Terbaru: Idea Bisnes Terkini

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Sub Blog Terbaru: Idea Bisnes Terkini
Feb 28th 2012, 16:38

Dalam masa 2 jam, saya selesai menghasilkan sebuah sub-blog yang diberi nama idea bisnes. Tagline blog ini adalah “Modal Kecil, Untung Berganda”.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi idea-idea bisnes yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar. Namun modal yang kecil tidak semestinya puluhan ringgit sahaja. Pada pandangan saya, modal kecil ini adalah RM5000 ke bawah. Kiranya idea bisnes yang menggunakan modal bermula RM1 ataupun paling besar sebanyak RM5000.

Telah ramai orang yang berjaya bermula dengan hanya modal kecil sahaja (bawah RM100 pun ada). Mereka bermula secara kecil-kecilan dan menggunakan apa yang ada. Kemudian setelah ada simpanan hasil daripada perniagaan, mereka kembangkan lagi sehingga wujudnya sebuah perniagaan yang berkembang pesat.

Idea Bisnes Logo

Saya sengaja memisahkan blog idea bisnes daripada blog utama smartusaha.com ini agar dapat lebih fokus kepada idea-idea bisnes sahaja di sana. Idea-idea bisnes yang akan dikongsikan bukan hanya perniagaan internet, malah perniagaan-perniagaan konvensional juga.

Walaupun idea-idea bisnes yang dicadangkan memerlukan modal yang kecil (rendah), ia bukan bermaksud usahawan perlu berfikiran kecil. Sebaliknya masing-masing usahawan sudah menanam impian yang besar di dalam minda dan jiwa, cuma sahaja kita bermula dari bawah. Memulakan, belajar, meminimakan risiko dan seterusnya mengembangkan bisnes sehingga ke tahap yang lebih besar.

Harapannya dengan wujudnya blog idea bisnes tersebut, ia membantu bakal-bakal usahawan dan usahawan sedia ada mendapatkan idea untuk memulakan perniagaan.

Pihak saya akan wujudkan blog demi blog yang akan memperkasakan lagi umat Islam dan bangsa Melayu.

.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment