Passion pada takrifan saya adalah melakukan sesuatu yang kita suka (serasi) dengan penuh minat, ghairah dan kemahuan yang amat mendalam, di mana walaupun kita tidak (belum) memperolehi bayaran (hasil) apabila melakukannya, kita tetap melakukannya secara konsisten (unstoppable).
Tidak dapat dinafikan, setiap orang mempunyai sesuatu yang mereka suka, minat, serasi, berbakat, cenderung dan amat bersemangat apabila melakukannya.
Passion juga sering kali dimaksudkan dengan perkara yang kita suka dan minat. Perkara yang banyak ditulis sama ada di Internet dan buku adalah seperti persoalan ‘apakah passion kamu‘ (what is your passion)?
Pada pendapat saya, passion (semangat berapi-api, minat dan keghairahan) sahaja tidak mencukupi. Ada satu faktor yang akan menjadikan passion kita itu tadi lebih bermakna dan momentum kita melakukan sesuatu akan tetap mempunyai momentum ke hadapan, tanpa henti. Bahkan, faktor itulah yang akan menjadi bahan bakar kepada passion itu tadi. Apakah perkara itu?
Ia adalah “MENGAPA” (why), dalam dalam erti kata lain, SEBAB, tujuan ataupun niat kita melakukan sesuatu. Mengapa kita melakukan sesuatu usaha? Mengapa kita berniaga? Mengapa kita mahu menjana pendapatan? Mengapa kita mahu hasilkan lebih banyak wang? Mengapa kita mahu berjaya?
Biasanya, jawapan kepada persoalan-persoalan itu lebih kepada peribadi seperti mahu bebas hutang, mahu hidup bahagia bersama keluarga tersayang, tidak mahu hidup melarat, tidak mahu lagi meraih simpati dan sebagainya, atau apa sahaja sebab-sebab lain sama ada ia berkaitan peribadi (hidup diri) ataupun lebih daripada itu seperti mahu memperjuangkan agama dan bangsa. Setiap orang ada sebab tersendiri.
Apabila kita jelas sepenuhnya mengapa kita melakukan sesuatu, apa sahaja yang kita lakukan akan terus mendapat momentum dan sukar untuk kita berhenti melakukannya. Mengetahui ‘MENGAPA’ adalah lebih penting daripada mengetahu ‘APA’ yang kita mahu, kerana ‘mengapa’ akan terus menggerakkan kita ke hadapan, manakala ‘apa’ adalah hasil yang kita perolehi. Untuk dapatkan hasil itu, semestinya kita perlu terus bergerak ke hadapan (usaha).
Latihan: Ambil sekeping kertas dan senaraikan sebab-sebab anda melakukan perniagaan. Kemudian, tampal atau letak kertas itu di tempat yang mudah untuk dilihat pada setiap masa. Agar, ia menjadi peringatan kepada perjuangan yang kita lakukan.
ps. Dalam perniagaan, kadang-kadang kita tidak boleh selalu mengutamakan mengenai passion sahaja. Sebaliknya, utamakan apakah yang pasaran mahukan. Hakikatnya, berniaga itu sendiri adalah passion kita yang paling utama, bukan produk yang kita suka semata-mata. “Bersemangat dan seronok berniaga, tetapi jual barang yang orang ramai perlukan”.
Baca juga artikel ini: Optimum vs Maksimum dan Mengenali Potensi Diri.
.
No comments:
Post a Comment