Anda berjaya kerana:
- FOKUS sepenuh hati kepada perjuangan sebenar perniagaan anda.
- JELAS sejelas-jelasnya terhadap impian dan matlamat yang ingin dicapai.
- Benar-benar ingin berjaya dan komited untuk berjaya. Keinginan itu menguasai dan menyelinap ke seluruh tubuh, jiwa, hati dan emosi.
- Sibuk dengan perkara-perkara yang menguntungkan sahaja.
- Tidak terlalu taksub kepada manusia dan bergantung kepada selain ALLAH.
- Mentor anda adalah mentor yang ikhlas dan tidak akan mempergunakan anda untuk keuntungan mereka. Mereka tidak perlukan apa-apa pujaan yang melangit.
- Tidak lemah diri dan sesekali tidak mudah ‘menjual diri’ anda dengan menjadikan mana-mana manusia tertentu sebagai tempat anda meraih semangat dan motivasi.
- Meluangkan masa untuk ‘bersama’ ALLAH (ibadat khusus).
- Hanya melakukan kerja anda sahaja tanpa pedulikan gosip dan berita sensasi yang tidak penting.
- Bekerjasama dan berkawan dengan orang-orang yang positif.
- Menunaikan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
- Membaca bahan-bahan bacaan yang baik dan berguna untuk perniagaan.
- Mendengar dan menonton perkara yang penuh dengan ilmu.
- Berhubungan baik dengan orang-orang yang soleh dan ‘alim.
- Bersedekah dan berzakat.
- BERTINDAK melaksanakan perancangan.
Kerana anda begitu SIBUK dengan usaha pemerkasaan diri, maka sebab itu anda berjaya. Dengan izin-Nya (insya Allah).
Tahniah!
.
No comments:
Post a Comment