Saturday, 18 February 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: 7 Rahsia BESAR Perniagaan Internet Yang Tidak Dapat Dinafikan

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
7 Rahsia BESAR Perniagaan Internet Yang Tidak Dapat Dinafikan
Feb 18th 2012, 16:29

Rahsia 1: Menjual produk yang dikehendaki ramai

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, sebaik-baik produk yang dijual adalah produk yang dikehendaki oleh ramai orang. Sebaliknya, bukan produk yang semata-mata kerana kita suka dan mahu. Rujuk artikel berkaitan “Nak Jual Apa” di sini.

Rahsia 2: Mempunyai keunikan dan perbezaan

Pepatah inggeris dalam bidang perniagaan ada berbunyi, “Differentiate or die”. Ia bermaksud, pilih salah satu iaitu mahu berbeza daripada perniagaan lain ataupun gagal (jika tidak memilih untuk berbeza dan unik).

Mempunyai perbezaan adalah satu perkara wajib agar perniagaan kita tidak mempunyai saingan yang terlalu sengit oleh mereka yang melakukan perniagaan yang sama.

Anda boleh rujuk mana-mana buku ataupun artikel yang berkaitan dengan Unique Selling Proposition, positioning dan juga branding. Salah satu terbaik mengenai positioning adalah “Positioning: The Battle for Your Mind“.

.

Rahsia 3: Khidmat pelanggan yang terbaik

Proses melayan pelanggan mempunyai tiga situasi (fasa), iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum pelanggan membeli produk, mereka akan menghubungi untuk bertanya terlebih dahulu. Jika kita memberikan respon yang baik dan cepat, biasanya mereka akan membuat pembelian.

Manakala ‘semasa’ pula adalah sebaik mereka membuat pembelian, adakah kita mengurus pembelian mereka itu dengan cepat, mesra dan memuaskan. Kemudian ‘selepas’ pula adalah adakah kita menghubungi mereka untuk memberikan panduan ekstra, bertanya khabar, diskaun dan bantuan.

Rahsia 4: Teknik promosi yang terbukti berkesan

Apabila kita membaca cadangan-cadangan teknik promosi di Internet, sebenarnya kita membaca dua jenis bahan bacaan. Pertama, teori dan kedua adalah teknik yang terbukti berkesan.

Kedua-duanya perlu dan tidak salah satu. Kita perlukan teori untuk memahami asas, konsep, prosedur dan langkahnya. Manakala teknik yang terbukti berkesan adalah kaedah yang dilakukan dan kaedah itu terbukti memberikan hasil apabila digunakan beberapa kali.

Untuk cara yang terbukti memberikan hasil, ia biasanya disertakan dengan ‘case study’. Ia sukar diperolehi kerana biasanya ia menjadi “rahsia” orang yang ‘menemui’ strategi itu.

Rahsia 5: Targeted traffic

Trafik yang ‘targeted’ adalah trafik yang sesuai untuk dipromosikan bagi produk berkaitan. Jika kita menjual buku bisnes, biasanya buku itu lebih sesuai dipromosikan kepada para usahawan. Begitulah untuk mana-mana produk. Promosikan ia kepada mereka yang sesuai sahaja.

Apabila kita menjual kepada yang ‘targeted’ sahaja, potensi produk kita untuk dibeli adalah lebih tinggi.

Rahsia 6: Conversion rate

Conversion rate (kadar penukaran) bermaksud, daripada sejumlah orang yang masuk ke website jualan kita, berapa orang yang akan membuat pembelian? Contohnya daripada 100 orang, jika 2 orang yang buat pembelian, conversion rate adalah 2%.

Kadar penukaran boleh ditingkatkan dengan copywriting dan tawaran yang benar-benar tidak mampu ditolak oleh pelanggan (prospek). Copywriting adalah salah satu faktor kritikal. Ia adalah ayat yang kita tulis sama ada pada ayat iklan, ayat di Facebook, blog dan juga emel promosi. Jika ayat kita biasa-biasa, orang akan lambat membuat keputusan. Jika kita tulis ayat yang ‘power’, orang akan bertindak tanpa sedikit pun mahu bertangguh.

Dalam erti kata lain, meningkatkan kadar penukaran adalah juga bermaksud meningkatkan kadar jualan produk.

Rahsia 7: Mailing List

Mailing List adalah salah satu kaedah ‘back end’ yang digunakan oleh kebanyakan usahawan online, bahkan oleh kebanyakan blogger terkenal seperti John Chow dan Darren Rowse.

Banyak kaedah untuk membina senarai emel (mailing list) seperti Pay Per Lead, Free Offer dan kaedah “$7 Dollar Secrets” (menjual ebook berharga rendah). Kesemuanya menggunakan squeeze page ataupun sekurang-kurangnya opt-in form yang diletakkan di blog.

Dengan mempunyai mailing list, kita boleh menguhubungi pelanggan dengan hanya sekali klik, cepat dan mampu memberikan hasil yang besar dalam masa yang singkat. Ia bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali (sehingga anda mahu melakukannya).

Saya sarankan anda mendapatkan panduan “Rahsia Email List Sendiri” untuk memahami lebih lanjut mengenai teknik mailing list ini.

.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment