Friday, 17 February 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Mengapa saya menulis blog?

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Mengapa saya menulis blog?
Feb 18th 2012, 06:57

Salah satu perkara yang bukan menjadi tujuan saya menulis di blog adalah bukan kerana mahu mendapat banyak komen pada setiap artikel di blog ini.

Bagi saya, apalah gunanya mendapat banyak komen yang lebih kepada mengampu, membodek, memuji, berbual-bual, bergurau senda dan seumpamanya. Komen yang berkualiti sama ada banyak ataupun sedikit adalah lebih bermakna berbanding komen seperti yang saya katakan tadi.

Tidak ada ‘salah dan betul’ dalam dunia blogging. Semuanya bergantung kepada tujuan masing-masing. Apa yang saya perkatakan adalah lebih kepada blogging for business.

Perkara pertama yang paling penting pada sesebuah blog adalah ‘content’ (kandungannya), sama ada artikel, video, audio (podcast) dan foto.

Perkara kedua yang terpenting adalah trafik, iaitu pelawat yang memasuki blog. Trafik itu akan membaca artikel yang mereka cari (terutama melalui Google) dan seterusnya kita perlu membawa mereka ke destinasi yang kita mahukan. Contohnya, di akhir artikel kita letak ‘ayat pujukan’ yang apabila mereka klik, mereka akan dibawa ke laman web jualan produk, ataupun ke squeeze page.

Perkara ketiga terpenting adalah bagaimana kita menjadikan pelawat tadi (terutama yang pertama kali) menjadi pelanggan (pembeli). Kita panggil proses ini sebagai monetization. Contohnya, paling kurang jika kita menjana pendapatan melalui Google Adsense, iaitu mereka akan klik iklan Adsense tersebut.

Keempat, bagaimana kita menjadikan pelanggan itu tadi sebagai pelanggan dan pembaca setia. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan autoresponder (email marketing).

Sebaik-baik blogger adalah menulis perkara yang baik-baik kepada pembaca. Elakkan kontroversi dan tulisan yang boleh membuka pintu fitnah.

“Menulis adalah tugas kita, memberikan komen adalah pembaca.” 

.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment