Tuesday, 21 February 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Seminar “Malaysia Internet Millionaires” (MIM) – 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Seminar "Malaysia Internet Millionaires" (MIM) – 2012
Feb 21st 2012, 14:28

Bidang perniagaan Internet di Malaysia terus berkembang pesat. Ya, begitu pesat. Setiap hari pasti ada berita dan perkembangan baru. Jika satu hari kita tidak buka Internet, kita akan ketinggalan begitu banyak berita dan maklumat.

Jadi, jika anda masih belum memulakan perniagaan secara online, kali ini letakkan satu sasaran yang tegas dan serius untuk betul-betul bermula. Pada saat kepesatan dan perkembangan yang mendadak inilah kita boleh mengambil peluang dan menjana hasil dengan lebih mudah.

Bagi anda yang sudah memulakan (baru ataupun lama), berkongsi ilmu dan mendengar pengalaman orang lain juga mampu menjana semangat dan inspirasi kepada diri. Seminar adalah salah satu tempat terbaik untuk berkenalan dengan usahawan lain dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan lebih erat.

Seminar Perniagaan Internet

Pada 25 Februari 2012 nanti, pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) akan mengadakan satu seminar yang bertajuk “Malaysia Internet Millionaires”. Berikut adalah maklumat program ini:

Tarikh: 25 Feb 2012 (SABTU)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Menara Usahawan, Putrajaya
Harga Tiket: (1) RM50.00 – Seorang (2) RM100 – Pakej Upgrade

*Saya sarankan anda mengambil pakej upgrade kerana anda akan mendapat banyak produk bernilai tinggi (termasuk t-shirt PUIM!), dan juga lima tiket percuma yang boleh anda berikan kepada rakan, ahli keluarga, kenalan FB atau sesiapa sahaja.

Walaupun seminar ini menggunakan perkataan “jutawan” (millionaires), ia bukan bermaksud para peserta diajar untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat atau mengejar wang semata-mata. Sebaliknya, ia bermaksud program ini dilaksanakan agar para peserta meletakkan satu sasaran yang jauh, berfikiran besar dan tidak menjadi usahawan suam-suam kuku.

Seminar ini bukan sahaja untuk anda yang mahu buat duit melalui Internet, malah sesuai kepada peniaga dan usahawan sedia ada, perniagaan kecil dan sederhana, para pelajar IPT, surirumah sepenuh masa dan sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu pemasaran Internet.

Ambil kesempatan ini untuk bertemu dan berkenalan dengan usahawan-usahawan Internet tempatan bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan anda.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Daftar segera sebelum pendaftaran ditutup.

Jika anda mendaftar melalui link di atas, anda akan mendapat beberapa produk berikut daripada saya:

  • Panduan Asas Paypal (bernilai RM30)
  • Pakej Kit Blogger (bernilai RM50)
  • Pakej KuasaFTP (bernilai RM40)
  • Audio Pejuang Impian (bernilai RM17.00)

Dengan pelaburan RM50 untuk ke seminar ini, anda akan mendapat keempat-empat produk di atas yang bernilai RM137.00. Cara untuk mendapatkannya amat mudah, iaitu:

Tawaran ini terhad sehingga pendaftaran seminar ditutup. Tarikh tutupnya saya tidak pasti, tetapi pada bila-bila masa sahaja sebelum program seminar dilaksanakan pada 25hb (Sabtu ini).

Jumpa di sana! :)

ps. Saya hanya dapat berkata, “Rugi besar dan menyesal jika tidak turut serta. Ada dua sebab perlu hadir: Pertama, harga tiket yang rendah, tidak seperti kebanyakan seminar lain. Kedua, ia jarang-jarang diadakan.”

.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment