Tuesday, 6 March 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Tip jual ruang iklan di blog

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Tip jual ruang iklan di blog
Mar 6th 2012, 21:40

Tip jual ruang iklan di blog

Sediakan servis buat iklan secara percuma kepada pelanggan yang sudah ‘confirm’ untuk mengiklan, walaupun sekadar iklan banner yang ringkas. Tidak semua orang tahu buat iklan banner sendiri dan ada juga yang tidak mahu keluarkan kos mengupah banner (ada juga yang tidak tahu kaedah outsource).

Ada juga mereka yang tidak mahu pening-peningkan kepala, di mana mereka hanya mahu iklan mereka terus berada di blog kita. Biasanya mereka adalah betul-betul usahawan yang tidak mahu ambil tahu soal teknikal.

Saya kerap dihubungi oleh mereka yang mahu mengiklan, tetapi tiada banner yang sesuai dengan slot iklan yang ditawarkan. Jadi jika kita biarkan sahaja mereka, kita telah terlepas peluang untuk jadikan mereka pelanggan yang mengiklan di blog kita.

Potensi pengiklanan begitu besar pada setiap tahun dan ramai usahawan yang mahu mengiklankan produk/bisnes mereka. Tugas kita adalah sediakan satu platform pengiklanan (seperti blog), ‘mencari’ mereka dan mempermudahkan kerja mereka.

Belum ada blog? Hasilkan satu untuk anda dan kemudian buat duit dengan blog itu.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment