Wednesday, 28 March 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Kelebihan Mempunyai Akaun Paypal

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Kelebihan Mempunyai Akaun Paypal
Mar 28th 2012, 17:58

Salah satu kelebihan mempunyai akaun Paypal adalah kita mampu membeli dan mengaktifkan nama domain tidak sampai daripada 10 minit. Biasanya jika secara manual (bayaran melalui akaun bank), pengaktifan bergantung kepada kecepatan servis pihak syarikat hosting.

Semasa saya menulis post ini, saya baru sahaja selesai membeli sebuah nama domain di NameCheap.com, dan juga selesai mengaktifkannya. Semasa proses pembelian, saya dikehendaki memasukkan Name Server hosting saya agar domain itu dapat dihubungkan terus ke server.

Proses pembelian berjalan dengan lancar melalui Paypal. Selepas selesai pembayaran, nama domain itu terus menjadi milik saya. Kemudian, untuk memastikan nama domain itu boleh digunakan untuk website, saya telah ‘add on’ domain itu di Cpanel akaun hosting sedia ada saya tersebut.

Tidak sampai 10 minit, nama domain tersebut telah aktif dan saya telah upload satu file ‘index.html’ sebagai laman sementara sebelum laman web sebenar siap sepenuhnya.

Kesimpulannya, jika kita membeli nama domain melalui Paypal (dengan syarat syarikat yang menjual domain itu terus set automatik segala proses termasuk pendaftaran domain), tidak sampai 5 minit domain akan terus aktif di bawah nama kita.

Tip ringkas:

  1. Miliki akaun Paypal dan aktifkan akaun itu dengan kad debit.
  2. Dapatkan dana (duit) dalam nilai USD ataupun RM untuk akaun Paypal.
  3. Beli domain name ataupun apa-apa produk dengan menggunakan Paypal.

Masih tidak jelas bagaimana akaun Paypal beroperasi dan berfungsi? Dapatkan Panduan Asas Paypal. Segala persoalan utama akan terjawab. :)

Pening dengan istilah name server, hosting, server, Cpanel, add on domain, malah tidak tahu cara beli hosting? Pakej Video KuasaFTP menjawab segala persoalan itu.

Kata-kata hikmah: “Siapa yang belajar, dia tahu. Siapa yang berusaha, dia dapat.”

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment