Saturday, 24 March 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Tip Bisnes Produk Fizikal

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Tip Bisnes Produk Fizikal
Mar 24th 2012, 13:14

1. Pasang laman web berbentuk shopping cart untuk jual banyak produk. Bina dan kembangkan jenama bisnes kita sendiri. Kalau guna kaedah dropship yang sediakan shopping cart, digalakkan juga buat shopping cart sendiri.

2. Gunakan saluran lain seperti Facebook untuk jual produk-produk yang laris sahaja. Simpan maklumat pelanggan dari Facebook seperti emel, alamat dan nombor telefon untuk hubungi mereka kembali. Beritahu kepada mereka, banyak lagi produk lain di laman web shopping cart kita.

Menjual di Facebook sama seperti di Ebay. Sebahagian penjual di Ebay akan bawa juga pelanggan mereka ke laman web jualan sendiri (minisite ataupun shopping cart) untuk kurangkan kos caj yang dikenakan oleh Ebay. Malah produk yang mereka jual di Ebay bukanlah sasaran keuntungan, sebaliknya hanya mahu dapatkan pelanggan berpotensi dari sana.

Begitu juga kita yang menjual di Facebook. Facebook hanyalah ALTERNATIF. Pusat bisnes kita yang sebenar adalah laman web jualan kita sendiri. Dengan shopping cart ataupun dengan sistem tertentu, kita akan mampu mengurus maklumat pelanggan dengan lebih mudah dan cepat.

ps. Hubungi kami untuk dapatkan perkhidmatan membina laman jualan ‘shopping cart’.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment