Thursday, 8 March 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Internet Marketer Dahulu dan Sekarang

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Internet Marketer Dahulu dan Sekarang
Mar 8th 2012, 18:35

Tulisan ini adalah untuk Internet Marketer, dan sesiapa yang mahu jadi Internet Marketer.

1. Dahulu kita boleh berikan apa saja maklumat dan pembaca terima bulat-bulat. Sekarang mereka sudah bijak menapis apa yang perlu, lagi-lagi sudah banyak pilihan yang lebih baik di hadapan mata mereka.

2. Dahulu Internet Marketer hanya cukup beritahu teknik “A” tanpa perlu buktikan ia. Sekarang mana-mana Internet Marketer yang hanya berikan teori tetapi tidak berikan contoh RESULTS (hasil), pelanggan sukar percaya. Media sosial amat memainkan peranan di mana ketelusan Internet Marketer akan dijadikan ‘taruhan’ utama.

3. Dahulu boleh buat seminar teori berkali-kali, tetapi kini orang ramai lebih mahukan kemahiran, belajar teknik yang ‘proven’ dan sesuatu yang segera. ‘Learning curve’ (tempoh belajar dan menguasai yang lama) mungkin tidak akan relevan lagi untuk memulakan bisnes dan berjaya mempraktikkan sesuatu teknik.

4. Jika dahulu banyak ebook teori dan asas, sekarang satu demi satu ebook yang mendedahkan teknik yang terbukti teruji dan memberikan hasil.

5. Dahulu kita boleh kata kita yang terbaik, tetapi sekarang kebanyakan orang sudah bijak menentukan siapa yang terbaik dan tidak. Sekali lagi, kuasa media sosial memainkan peranan besar, selain pengguna Internet sudah bijak mencari maklumat.

Kesimpulan: Boleh saja mahu lakukan seperti yang dulu-dulu, tetapi jika mahu memecut lebih laju, lakukan seperti yang menjadi ‘tuntutan’ masa kini.

Saya yakin, mana-mana Internet Marketer yang memberikan solusi (penyelesaian) yang mudah dikuasai, senang difahami, didatangkan dengan pakej yang menarik, boleh segera dipraktikkan dan cepat memberikan hasil, mereka lebih mudah mendapat tempat di hati kebanyakan orang (penggiat perniagaan internet).
__
Mohd Zulfadli Suddin

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment