Utamakan membina bisnes berbanding produk kerana produk biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek, melainkan kita hanya mahu buat duit semata-mata.
Contohnya adalah ebook. Pada awal pelancaran, ia mendapat sambutan tinggi, graf naik mencanak. Lama kelamaan, jualannya akan berkurangan, graf jatuh merudum ataupun paling kurang mendatar.
Jika asas dan tapak perniagaan kita kuat, kita mampu survive untuk satu tempoh yang lama. Jika kita bergantung pada produk, ia adalah satu risiko yang besar.
Apa jua produk ataupun servis yang kita jual, perkara paling penting adalah membina ‘tapak’ (foundation) yang kukuh, agar kita terus dapat bertahan dengan lebih lama.
No comments:
Post a Comment