Jawapannya: Ya dan Tidak.
Ya jika pemilik blog mahu membina hubungan yang baik dan jangka panjang bersama pembaca.
Tidak jika kita menggunakan blog untuk mendapatkan trafik sahaja melalui enjin carian. Dengan memasukkan ‘content’ yang banyak pada blog, maka semakin banyak trafik yang masuk melalui kaedah SEO.
Semuanya bergantung kepada tujuan masing-masing. Tiada satu formula blogging yang satu untuk semua orang. Anda juga boleh mencipta formula dan strategi sendiri.
Prinsip saya adalah mahu bebas daripada cara dan kaedah orang lain. Jika ia sesuai, saya ikut. Jika tidak, saya akan ubah atau cari cara sendiri.
Jika anda belum mempunyai blog, tidak perlu risau soal komen banyak ataupun tidak. Yang penting adalah tulis dan terus menulis sesuatu yang berguna, di samping melakukan promosi secara konsisten. Satu masa nanti, akan sampai jua masa di mana blog anda akan meletup dengan gaya dan sambutan tersendiri.
.
No comments:
Post a Comment