Sunday, 4 March 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Rahsia Email List Sendiri

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Rahsia Email List Sendiri
Mar 4th 2012, 18:32

Semua usahawan internet yang berjaya tidak kira dalam negara atau luar negara mengakui mempunyai email list sendiri merupakan senjata utama untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Apakah maksud senarai email list?

Senarai email list ialah satu koleksi email yang dikumpul melalui kempen yang dijalankan melalui bantuan autoresponder. Kaedah ini dipanggil pemasaran email. Biasanya, usahawan internet akan mengambil nama dan email sahaja dengan bantuan mesin autoresponder. Tidak kira anda newbies atau otai sekalipun mempunyai senarai email list sendiri akan memudahkan anda untuk buat duit di internet.

Mengapa senarai email list ini penting?

Apabila anda mempunyai email list sendiri anda boleh menghubungi mereka berkali-kali dan jika mereka yang terdapat dalam senarai email list adalah komuniti yang dahagakan maklumat, mereka akan mengikuti anda melalui email yang anda hantar.

Bagi mereka, anda adalah pakar yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Hubungan antara anda dengan mereka akan menjadi lebih rapat jika anda mampu menunjukkan kepakaran yang anda miliki.

Rahsia email list sendiri merupakan seni atau kemahiran yang perlu anda pelajari dalam perniagaan internet. Setiap orang mempunyai gaya serta cara yang tersendiri. Mungkin dengan cara anda prospek akan rasa lebih selesa.

Sebagai seorang pemasar dalam dunia internet, mempunyai email list sendiri perlu diberi keutamaan. Tanpa mempunyai email list sendiri anda tidak akan terlalu bergantung pada rakan JV untuk membantu anda. Anda perlu tanya diri anda sendiri adakah orang akan membantu anda dengan mudah setelah mereka bersusah payah melabur serta mengumpul email list mereka sendiri.

Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu mengumpul email list sendiri dari sekarang. Apa yang penting di sini ialah hubungan anda dengan email list anda. Apabila anda dapat menginap di minda dan ingatan mereka, mereka tidak akan melupakan anda begitu sahaja.

Jika anda masih baru dalam bidang ini, mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan senarai email anda. Bayangkan anda perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk 1000 list yang anda ada di dalam sistem autoresponder.

Setakat ini walaupun baru tiga bulan saya terlibat secara aktif dalam perniagaan internet, pembayaran sistem autoresponder yang saya langgan adalah hasil daripada komisen yang saya dapat setiap bulan apabila menyertai beberapa pertandingan affiliate.

Rata-rata orang yang berjaya buat duit 4-5 angka sebulan adalah melalui senarai email list yang mereka kumpul sejak sekian lama. Anda perlu tahu setiap email list yang dikumpul oleh usahawan-usahawan internet bermula dengan email list pertama, lima, sepuluh, seratus, seribu dan sepuluh ribu.

Mereka tidak mendapat seribu email list dalam masa 30 minit sahaja. Mereka melakukan dengan tekun dan sabar selama bertahun-tahun untuk mengumpul senarai email list sehingga mencecah 10,000.

Jika anda mempunyai email list sebanyak itu hari ini, anda tidak perlu bersusah payah mengisi borang untuk mencari pekerjaan. Dengan jumlah seramai itu anda boleh buat duit semaksimum yang anda mahu. Seronok kan? :)

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Rahsia Email List Sendiri.

Mohd Zulfadli

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment