Tempoh hari, saya pergi buka akaun semasa peribadi di CIMB. Berikut adalah sedikit maklumat:
1. Pegawai bertugas menyatakan, semua jenis akaun semasa peribadi, depositnya adalah RM1000. Tiada lagi yang RM500 (di laman web mereka masih ada maklumat deposit RM500).
2. Tidak perlu apa-apa dokumen untuk buka akaun semasa peribadi. Hanya perlu bawa MyKad sahaja. Akaun terus siap pada hari itu juga. Perlu aktifkan dengan depositkan duit di mesin ‘cash deposit’, ataupun melalui ATM Transfer.
3. Kita akan dapat satu kad ATM dan diberikan pada masa itu juga.
4. Untuk akaun semasa perniagaan, perlu bawa dokumen perniagaan seperti sijil pendaftaran perniagaan. Proses pengesahan paling kurang tiga hari.
5. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja selepas akaun aktif.
6. Jika mahu buka akaun semasa perniagaan, depositnya juga RM1000. Jika tiada “introducer”, mereka akan buka akaun semasa jenis Islamic.
7. Catat dan simpan nombor akaun kerana tiada apa-apa salinan dokumen hitam putih akan diberikan. Semuanya elektronik.
No comments:
Post a Comment