Erti kejayaan adalah meluas. Ia boleh dari segi hasil dalam bentuk wang, keuntungan, jenama yang berkembang, jumlah jualan dan juga populariti. Berikut adalah tujuh ‘rahsia’ yang biasanya dimiliki oleh kebanyakan usahawan Internet berjaya:
1. Jual produk yang ada potensi
Usahawan-usahawan Internet yang berjaya biasanya menjual produk ataupun servis yang mempunyai permintaan, atau kita juga panggil ia sebagai “ada pasaran”. Bukan setakat itu sahaja, usahawan Internet berjaya juga melihat saiz pasaran itu sama ada besar ataupun kecil. Jika besar, biasanya potensi hasil juga lebih besar.
2. Berdisiplin
Apabila sebut perkataan disiplin, kita membayangkan hidup yang serius dan patuh sepenuhnya. Sebenarnya, ia tidak begitu. Ia lebih mudah dan senang daripada apa yang kita sering bayangkan.
Disiplin hanya memerlukan sedikit usaha sahaja. Apabila kita ikut perancangan yang dibuat, patuh pada masa dan tidak membuang masa, kejayaan biasanya akan jadi milik kita.
Usahawan-usahawan Internet berjaya biasanya mempunyai disiplin yang baik dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti bisnes mereka.
3. Jelas dengan matlamat dan perancangan
Mereka tahu sebab mereka berniaga (matlamat) dan mereka juga mengikut perancangan yang telah dibuat dari awal. Mereka fokus pada matlamat dan perancangan itu.
4. Teknik pemasaran yang efektif
Tidak cukup mempunyai produk yang baik, usahawan Internet yang berjaya biasanya menggunakan kaedah pemasaran yang super efektif, sama ada mereka lakukan sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan oleh pihak lain.
Konsep pemasaran efektif amat mudah, iaitu “Mesej yang betul, produk yang betul, masa yang betul, platform (tempat) yang betul dan sasaran yang betul.“
5. Tidak tahu banyak, tetapi ada kemahiran
Tidak ramai yang tahu, usahawan-usahawan Internet yang berjaya tidaklah tahu banyak dalam satu-satu perkara. Sebaliknya, mereka lebih fokus tindakan, iaitu melaksanakan ilmu dan teknik yang efektif dengan segera.
Untuk berjaya, “tahu banyak” bukan faktor utama, tetapi kemahiran yang betul dan efektif lebih memainkan peranan. Kemahiran ini bukan setakat pada pemasaran, tetapi ia juga kemahiran mengurus diri dan perniagaan.
6. Margin keuntungan tinggi dan/atau jumlah pembeli ramai
Usahawan Internet yang berjaya biasanya menjual produk yang mempunyai salah satu ataupun kedua-dua ciri ini, iaitu ia mempunyai margin keuntungan yang besar, ataupun ia akan dibeli oleh ramai pelanggan (jumlah pelanggan dan kadar pembelian).
Tip: Jika pasaran kecil, jual dengan harga yang margin untungnya besar. Jika pasaran besar, jual dengan harga lebih rendah. Namun, boleh juga tetapkan margin keuntungan besar untuk pasaran yang besar.
7. Fokus pada menjual
Usahawan Internet yang berjaya juga biasanya lebih memfokus pada aktiviti menjual. Lebih kurang 80% masa mereka adalah lebih pada menjual dan mendapatkan pelanggan. Manakala 20% lagi diluangkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pengurusan bisnes, R&D, belajar dan hal-hal teknikal.
Fokus pada usaha menjual adalah sangat penting. Jika kita hanya asyik berkongsi ilmu, menulis dan seumpamanya, jualan tetap ada, tetapi ia sangat perlahan.
Apakah aktiviti menjual dalam perniagaan Internet? Ia adalah memperbaiki surat jualan, mengemaskan lagi ayat iklan dan emel promosi (agar lebih power), mendapatkan lebih banyak trafik ke laman jualan (promosi dan marketing), menyediakan tawaran ‘back end’ dan menghubungi semula prospek atau pelanggan sedia ada (follow up).
Penutup
Tiada rahsia lagi untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment