Monday, 2 April 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Dua Jenis Produk Pilihan Utama untuk Diniagakan

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Dua Jenis Produk Pilihan Utama untuk Diniagakan
Apr 3rd 2012, 02:10

Tidak ada usahawan yang tidak mahu untung dalam perniagaan. Sesiapa pun mahu untung, termasuk pembaca semua. Jadi, memilih produk yang betul adalah amat penting agar kita tidak menjual produk yang tidak menguntungkan.

Persoalan di sini, apakah produk yang menguntungkan itu? Berikut adalah dua jenis produk yang boleh diniagakan:

  1. Produk yang mempunyai margin untung yang besar. Walaupun jual sedikit, tapi dapat banyak keuntungan.
  2. Produk yang margin untungnya tidak begitu besar, tetapi mempunyai kadar jualan yang tinggi setiap hari/bulan, selain sifatnya yang diulang beli (contoh: produk makanan, ubatan, pakai buang dan lain-lain. Maka keuntungan yang besar dapat dijana berdasarkan jumlah jualan, jumlah pelanggan dan kadar ulangan belian.

Menjual dan berniaga memerlukan kita meluangkan sedikit masa sebelum menentukan produk yang akan dijual, ataupun produk yang akan kita hasilkan. Jika tidak, kita mungkin akan menjual produk yang tidak mendapat sambutan. Akhirnya, bisnes akan gagal.

Tip: Modal dalam bentuk wang adalah penting, walaupun kita cuba nafikannya. Salah satu cara mendapatkan modal adalah melalui keuntungan perniagaan. Jadi jual produk yang memberi keuntungan sahaja, iaitu produk seperti di atas dan ia mempunyai pasaran (permintaan).

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment