Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:
1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.
2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.
3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana.
Tip fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*
Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.
*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”
Dapatkan lagi tip-tip pemasaran Internet di sini: FB MohdZulfadli-IM
.
No comments:
Post a Comment