Monday, 23 April 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Ini iPunya!

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Ini iPunya!
Apr 23rd 2012, 17:38

Ya, mungkin satu hari nanti, apabila pengumuman pertandingan yang dianjurkan oleh P1 diumumkan, anda adalah salah seorang pemenangnya (mendapat hadiah yang ditawarkan). Lantas anda akan berkata, “Alhamdulillah, ini iPunya!”

Tiada apa-apa yang mustahil, selagi ada usaha dan ketentuan-Nya. Yang penting kita lakukan sesuatu dan tidak ada rasa berputus asa sewaktu di permulaan usaha.

Tidak Kenal P1?

P1 (Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd.) adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan Internet yang semakin terkenal di Malaysia, melalui perkhidmatan utamanya, P1 Wimax. Sehingga kini, mereka telah menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna mereka seperti:

  • OnePlan (kombinasi pakej ForHome & ToGo)
  • ForHome
  • ToGo

Saya sendiri menggunakan dua servis mereka iaitu pakej Home dan juga Wiggy Prepaid. Yang Home guna di rumah, manakala Wiggy Prepaid digunakan apabila saya berada di luar.

Saya adalah pengguna P1 Wimax sejak tahun 2009 sehingga kini. Kiranya sudah hampir 3 tahun saya menjadi pengguna setia mereka. Setakat ini, saya amat berpuas hati (dengan syarat berada di kawasan capaian mereka – coverage).

Mungkin yang ada tertanya, mengapa saya suka dan berpuas hati dengan perkhidmatan oleh pihak P1. Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Banyak cara untuk membuat bayaran kepada mereka, terutama melalui online banking dan juga kad kredit.
  • Akaun online untuk menguruskan akaun kita dan juga melihat bil semasa.
  • Mereka akan menelefon kita walaupun aduan dan persoalan hanya perkara kecil.
  • Layanan yang profesional dan mesra.
  • Makluman bil terkini melalui emel dan juga SMS.
  • Makluman penerimaan bayaran melalui SMS secara percuma.

Sejujurnya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka selama ini. Atas dasar itu, saya tidak rasa berat hati untuk menyarankan perkhidmatan dan produk P1 kepada orang lain.

Sedikit pencapaian pihak P1:

  • Syarikat telekomunikasi 4G pertama dan utama Malaysia.
  • Pemenang Syarikat Teknologi Swasta Asia Paling Innovatif Red Herring pada 2008.
  • Disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai telco WiMax Malaysia pertama (Ogos 2008).
  • Merangkul anugerah Syarikat Baru-Bermula MSC Malaysia APICTA Terbaik.
  • Dianugerahkan sebagai pembekal servis Harapan 2010 pada Anugerah Telekom Malaysia berprestij Frost & Sullivan.

Melihat pada beberapa pencapaian syarikat P1 di atas, dapat kita katakan, mereka begitu komited dalam usaha memberikan perkhidmatan jalur lebar (broadband) yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Pertandingan iPunya untuk Pelanggan Baru (Beli & Menang)

Berita baik untuk anda yang belum menjadi pelanggan P1. Jika anda menjadi pelanggan P1 dalam tempoh bermula 20 April hingga 17 Jun 2012, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan.

Di antara hadiah itu adalah seperti kereta Volkswagen Golf GTI (hadiah utama), Galaxy Note (5 buah) dan Samsung WiFi Camera (10 buah) dan X-mini Speakers (20 buah).

Hadiah iPunya

Bagaimana Cara Menyertai Pertandingan Ini?

Cukup mudah, dengan tiga langkah sahaja:

  1. Langgan mana-mana pelan P1. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana reseller (agen) berdaftar yang berdekatan dengan anda, ataupun boleh daftar secara online di sini. Akaun baru akan aktif dalam beberapa jam sahaja, jika tiada apa-apa halangan.
  2. Daftar “Self Care Account” di sini: http://www.p1.com.my/selfcare
  3. Login ke Self Care Account dan jawab soalan mudah.

Penting: Pertandingan hanya layak disertai oleh pelanggan yang menggunakan / mendaftar pelan ForHome, OnePlan ataupun ToGo di antara tarikh 20 April hingga 17 Jun 2012 sahaja.

Contest is only open for P1 subscribers of ForHome, OnePlan and ToGo plans that register the service between 20th April – 17th June 2012 and those who extend their postpaid contracts during contest period. 

Pemenang akan dihubungi melalui SMS, emel dan disenaraikan juga di laman web P1 pada akhir Jun 2012.

Layari http://www.p1.com.my/ipunyacontest untuk maklumat lanjut, termasuk terma dan syarat pertandingan ini. Hubungi mereka jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini.

Selamat berjaya!

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment