Tuesday, 1 May 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Bagaimana Mendapatkan Trafik dan Membina Jenama dengan Mudah

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Bagaimana Mendapatkan Trafik dan Membina Jenama dengan Mudah
May 1st 2012, 19:04

Adakah anda sedang mencari cara untuk mendapatkan trafik dan mengembangkan jenama perniagaan ataupun jenama diri anda sendiri?

Tidak kira sama ada anda seorang blogger ataupun usahawan, mendapatkan trafik ke laman web ataupun blog adalah perkara paling penting. Dengan trafik itu, jenama anda akan mula dikenali ramai.

Soalnya, bagaimana cara mendapatkan trafik ke blog kita?

Salah satu cara adalah dengan menjadi penulis di mana-mana blog yang membuka peluang sebegini. Ia juga dipanggil sebagai “guest blogger”, ataupun penulis jemputan.

Tidak banyak perkara yang perlu dilakukan. Kita hanya perlu menulis artikel dan serahkan ia kepada pengendali blog tersebut. Mereka akan urus dan terbitkan artikel kita di blog mereka itu.

Kebanyakan blog yang bertrafik tinggi, sudah pasti mempunyai pembaca setia, selain dilawati oleh pengguna-pengguna Internet yang mencari maklumat melalui enjin carian. Sebaik artikel anda diterbitkan, pembaca blog itu akan membaca artikel anda dan di akhir artikel, mereka akan membaca sedikit penerangan mengenai diri anda.

Kemudian, mereka akan klik link blog ataupun laman web pada bahagian penerangan ringkas itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda, produk ataupun bisnes yang anda miliki.

Berapakah kos untuk melakukan kaedah ini?

Biasanya, ia adalah percuma sahaja. Tiada kos yang perlu dikeluarkan, sebaliknya kita hanya perlu menulis artikel sahaja untuk blog tersebut. Perkara penting di sini adalah, artikel itu haruslah asli (original) dan tiada diterbitkan di mana-mana.

Adakah anda ingin melakukan cara ini sekarang?

Anda boleh lakukan teknik ini sekarang juga melalui laman blog 1 Artikel.com. Laman 1 Artikel.com ini diwujudkan untuk menyebarkan artikel-artikel dan maklumat yang berinformasi kepada rakyat Malaysia khasnya. Anda boleh baca lebih lanjut tentang mereka di sini.

Selain mereka menerbitkan sendiri artikel sebegitu, mereka juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menulis bersama pihak mereka, dengan syarat-syarat mudah berikut:

  • Menulis topik yang berilmiah. Maksudnya, topik yang berilmu, berinformasi ataupun berfakta. Mudah cerita, ia bukan topik hiburan.
  • Artikel ditulis dalam bahasa Melayu yang betul dan lengkap. Bukan ditulis dalam bahasa rojak dan bahasa pasar. Artikel dalam bahasa Inggeris juga diterima.
  • Hantarkan artikel itu kepada admin 1Artikel.com ke admin(at)1artikel.com [ tukar (at) kepada @ ]. Boleh juga hubungi mereka melalui laman Facebook rasmi 1 Artikel.
  • Sertakan biodata anda seperti nama, alamat blog atau laman web dan sedikit maklumat mengenai diri anda.

Sebagai balasan, pihak 1 Artikel.com akan memberikan slot pengiklanan ‘banner’ bersaiz 125×125 untuk tempoh dua minggu secara percuma. Banner iklan itu perlu disediakan sendiri oleh pihak penulis.

Nota: Artikel itu tetap milik anda (hakcipta). Anda hanya terbitkan di blog mereka sahaja.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment