Mustahil? Tiada yang mustahil selagi Allah izinkan.
Berikut adalah beberapa langkah bagaimana untuk menjadi usahawan hebat dalam masa yang singkat. Jika ditanya berapa lama masa singkat itu, ia mungkin sekurang-kurangnya tiga bulan.
1. Kenal pasti potensi diri. Tidak perlu beli buku berkaitan potensi diri, sudah memadai terlebih dahulu menyenaraikan kelebihan, kepakaran dan kemahiran yang kita miliki. Senaraikan juga perkara yang kita suka lakukan tidak kira siang dan malam, lapar dan dahaga.
2. Pilih potensi diri itu yang mempunyai potensi dalam pasaran. Bermaksud, apabila kita menghasilkan sesuatu produk ataupun servis, produk itu ada potensi untuk dibeli.
3. Mulakan apa yang ada di tangan. Bermaksud, gunakan dahulu kemampuan dan peralatan yang kita ada. Ini adalah langkah bijak apabila kita kekurangan sumber kewangan (modal).
4. Berhenti: Belajar, berfikir, merancang, baca buku, mencari maklumat di Internet dan berhenti menyertai mana-mana seminar.
5. Merancang. Rancang tindakan yang mudah dilaksanakan. Jangan “over planning”!
6. Mulakan. Mulakan usaha perniagaan dan senaraikan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan.
7. Teknik pemasaran. Gunakan teknik pemasaran yang sedia ada kita ketahui. Saya yakin, ramai di kalangan kita sudah banyak tahu, tetapi adakah sudah banyak tindakan?
No comments:
Post a Comment