PLR adalah ringkasan kepada Private Label Rights. Perkataan Label itu bermaksud “melabelkan” sesuatu pada sesuatu produk dengan sesuatu nama sama ada nama kita, jenama atau nama perniagaan.
Dalam pasaran tempatan (offline), begitu banyak produk serbuk kopi segera. Kebanyakannya adalah daripada kilang yang sama. Cuma, setiap usahawan dan perniagaan akan membeli hak melabel, dan buat ‘packaging’ sahaja.
Begitu juga dalam bidang Internet Marketing, produk-produk PLR begitu banyak dan meluas sekali. Daripada artikel, video, audio, template website dan sebagainya. Kita boleh buat apa sahaja dan menukarnya kepada bentuk format yang lain.
Namun sedikit unik dalam Internet Marketing, produk-produk PLR ada syarat yang disertakan bersama. Apabila disertakan syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “terhad”. Jika boleh buat apa sahaja tanpa syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “tanpa had”.
Produk PLR adalah umpama bahan mentah, seperti tepung gandum. Kita masukkan pelbagai bahan lain, pewarna dan perisa ke dalam tepung itu, akhirnya terhasillah pelbagai jenis kuih yang sedap.
Begitu jugalah dengan ‘bahan mentah’ PLR seperti artikel dan ebook. Apabila kita ubah suai, design semula pakej, tambah dengan kandungan lain, tukar bentuk font, design layout ebook agar lebih kemas, masukkan imej (screenshot), buat ecover khas dan lain-lain lagi, maka terhasillah sebuah produk kita yang unik.
Kesimpulan: Produk PLR membolehkan kita menjadi usahawan produk informasi (penerbitan) dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat.
Sumber artikel:Komuniti FB PLR SmartUsaha.com
.
Kredit foto: http://www.foodepedia.co.uk/articles/2010/mar/bread_making.htm
No comments:
Post a Comment