Thursday, 3 May 2012

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com: Fokus Pada Satu Bidang dan Satu Jualan Jenis Produk

Artikel Terkini Perniagaan Internet - SmartUsaha.com
Artikel terkini di blog SmartUsaha.com.
Fokus Pada Satu Bidang dan Satu Jualan Jenis Produk
May 3rd 2012, 21:52

Seorang ustaz berkata, “Uban yang tumbuh di kepala, memberi makna agar tidak lagi hidup untuk mencuba-cuba.”

Selama 6 tahun lebih saya melakukan perniagaan secara online, pelbagai bentuk usaha telah saya lakukan. Servis bina website, jual produk informasi seperti ebook, video dan audio, buat blogging, khidmat penulisan, promosi affiliate, coaching, konsultasi Internet Marketing dan jual produk fizikal.

Tidak semua yang dilakukan itu penghujungnya adalah sebuah kemanisan. Namun setiap apa yang dilalui, memberikan begitu banyak pengalaman buat bekalan bagi hari-hari seterusnya.

Kata bijak pandai, sebelum berjaya, gagallah banyak kali. Salah satu maksud tersiratnya adalah bukan ia menyuruh kita saja-saja gagal, sebaliknya kita berusaha sehingga kita tahu perniagaan jenis bagaimana yang serasi dengan jiwa kita.

Jika ditanya apakah nasihat terbaik yang dapat saya berikan, ia adalah seperti berikut:

1. Mulakan seorang diri dahulu. Jika mahu buat berkumpulan, dua orang adalah jumlah yang memadai buat permulaan. Tidak perlu lebih. :)

2. Pilih satu bidang bisnes yang kita suka dan serasi dengan jiwa.

3. Fokus pada bidang itu sepenuhnya. Elakkan memasuki bidang lain sehingga kita betul-betul sudah jadi jutawan dalam bidang pertama. ;)

4. Hasilkan produk yang berkaitan dengan bidang pilihan itu.

5. Siapkan satu produk pada satu masa. Untuk setiap produk, pastikan sudah dapat hasil yang sepatutnya, kemudian baru mulakan projek lain pula.

Hatta syarikat besar seperti Proton pun, keluarkan satu model kereta dalam satu masa, dan kemudian mereka mempromosikan habis-habisan. Inikan pula kita yang bekerja (berniaga) seorang diri, harus lebih kuat fokusnya.

6. Jika bisnes yang dipilih itu adalah jualan barang, maka jual produk-produk yang sama jenis dahulu sampai dapat hasil yang memuaskan. Contohnya, jual produk pakaian sahaja tanpa menjual produk makanan, perisian, buku dan lain-lain sebelum produk jenis pertama memberikan hasil yang besar. Biar pembeli kenal kita sebagai usahawan pakaian dan bukan usahawan serba serbi.

7. Jika pembeli melihat kita menjual serba serbi, sukar untuk mereka mengesyorkan kepada rakan-rakan lain sebab mereka tidak nampak apa istimewanya kita. Sebaliknya jika kita fokus, mereka mudah dan yakin untuk mencadangkan kita kepada rakan-rakan mereka kerana kita dilihat sebagai “pakar” dalam jualan produk tersebut.

8. Selain itu, jika kita fokus pada satu jenis produk sahaja, kita mudah untuk mengembangkan bisnes kita ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya jika sekarang kita menjual pakaian yang didapatkan daripada pembekal, kelak kita akan keluarkan pakaian berjenama kita sendiri. Ia mudah dilakukan kerana pakaian adalah satu-satunya perniagaan kita.

Sebaliknya jika kita menjual 1001 jenis produk, agaknya bagaimana kita dapat mengembangkan bisnes kita dengan mudah? Yang mana satu mahu dikembangkan dahulu, dan yang mana pula kedua, ketiga dan seterusnya. Pening bukan? :)
Mohd Zulfadli aka SmartZul
www.smartusaha.com
2005 – 2012

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

No comments:

Post a Comment